Home » Diam-Diam Daim by S.H. Alattas
Diam-Diam Daim S.H. Alattas

Diam-Diam Daim

S.H. Alattas

Published 2001
ISBN : 9789839438161
Paperback
360 pages
Enter the sum

 About the Book 

Betul ke Tun Daim Zainuddin, Raja Duit Malaysia, tidak terlibat di dalam skandal TIME dotCom yang menggunakan duit orang pencen tanpa mendapat restu dahulu daripada didang Kabinet?Nampaknya konsep payung tinggal konsep sahaja. Siapa yang berisi danMoreBetul ke Tun Daim Zainuddin, Raja Duit Malaysia, tidak terlibat di dalam skandal TIME dotCom yang menggunakan duit orang pencen tanpa mendapat restu dahulu daripada didang Kabinet?Nampaknya konsep payung tinggal konsep sahaja. Siapa yang berisi dan siapa yang diisi? Siapa yang menikmati habuan daripada projek penswastaan? Kenapa hinggakan kerja-kerja sampingan yang kecil-kecil pun untuk beberapa kerat manusia yang menjadi kuncu-kuncu Daim sahaja? Balik-balik orang yang sama juga yang sapu bersih. Bila tidak ada keadilan tentu timbul kemarahan. Kemarahan dan kebencian rakyat ditujukan kepada Mahathir dan UMNO, padahal salah laku ini timbul daripada orang yang mahukan kerusi Mahathir. Mereka yang pandai lempar batu sembunyi tangan. Apakah tidak ada Lawrence OF Arabia dan Dr. Jackyll and Mr Hyde di dalam UMNO?Emosi dan sentimen kemarahan ini dimainkan oleh orang dalam oporturnis politik yang mahu menjatuhkan Mahathir. Antara Daim dan Mahathir pun sudah mula adanya tanda-tanda perang. Siapa akan menang?Apa bezanya pembelian saham MAS yang bernilai RM4.00 dibeli oleh kerajaan dengan harga RM8.00 dengan mee Maggi yang dijual kepada Kementerian Pertahanan dengan harga RM4.00 padahal harga mee hanya 0.40 sen saja? Atau apa bezanya skandal MAS, TIME dotCom dengan Perwaja dan kes BMF yang melibatkan Bank Bumiputra dulu atau kes KUB?Kenapa semasa menjual saham MAS dulu Daim tak cakap pasal maruah negara? Kenapa bila beli MAS yang sudah jadi besi karat, ia untuk menjaga maruah negara? Siapa yang punya negara? Rakyat tahu siapa Firaun, tahukah mereka siapa Hamman dan Qarun dalam politik Malaysia? Sesudah Arqam diharamkan siapakah yang boleh menjadi moderator di anatara Islam PAS dan Islam UMNO? Apakah harapan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Daim selaku Menteri Kewangan yang baru?ISI KANDUNGANMUKADIMMAH1. TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA2. AKU RAKYAT AKULAH RAJA3. SIAPA THE UGLY MALAYS - Ulama Duit Atau Ulama Politik4. DIMANA SALAHNYA MAHATHIR?5. AKHIRNYA ANAK RAJA JADI MENTERI6. SECAWAN KOPI DI WEST END7. MELAYU UMNO, MELAYU PAS, MELAYU ANWAR8. DIAM-DIAM DAIM9. FITNAH, SAMAN MALU MEGA MENDUNG10. SIAPAKAH PENYELAMAT MELAYU?11. DAIM LETAK JAWATAN..! APA KATA PM?